RSS

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah


Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

RM48.00
Sabah/Sarawak RM53.00


- Adakah anda menanggung beban kesakitan yang perit sepanjang hidup anda?


- Adakah anda mengalami kesakitan dan tekanan yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden dan tiada penjelasan memuaskan anda?

- Adakah anda mahu kaedah lain yang boleh membantu memulihkan kesakitan anda?

Semua masalah di atas boleh diselesaikan sekiranya anda kembali mengaplikasikan kaedah perubatan herba di dalam hidup anda.

Apabila herba-herba ini digabungkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ia menjadi paduan unggul yang mampu mengembalikan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.

Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.

Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden.

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.

Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus
• Ekstrak halia bara
• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut
• Ekstrak lengkuas
• Ekstrak pudina
• Ekstrak bunga cengkih
• Ekstrak buah pala
• Minyak avokado

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:

• Surah al-Faatihah • Surah Luqman
• Surah al-Qadr • Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas • Surah al-Falaq
• Surah an-Naas • Surah al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128 • Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah • Surah al-Isra'
• Surah as-Saaffaat • Surah A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19 • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar & pembatal sihir & pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan 

Dapatkan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah sekarang dan anda mendapat manfaat seperti:

• kekejangan otot selepas bersukan berkurangan
• senggugut beransur hilang
• kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya

Kaedah penggunaan
Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: